Cek RM1.4juta: Dedah bukti kukuh - Utusan Malaysia

Cek RM1.4juta: Dedah bukti kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Pas menggesa individu yang mendedahkan isu melibatkan pembayaran cek sejumlah RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk mengemuka bukti kukuh.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, ini kerana, tuduhan tersebut tiada asas jika pendedahanya tidak memilik bukti kukuh termasuk nama individu yang menandatangani cek tersebut.

“Benda itu ada cek, boleh tengok akaun cek, siapa nama pada cek, suruh dia (Rewcastle-Brown) dedah siapa nama.

“Sekarang sudah ada cek, saya minta dia dedahkan bukti. Dahulu kata RM90 juta tapi tiada bukti, sekarang RM1.4 juta dan saya minta dedah bukti,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Himpunan Aman Ancaman kepada Kedaulatan Islam di pekarangan Masjid Negara, sini hari ini.

Semalam, Rewcastle-Brown menjelaskan pihaknya menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.

Bayaran tersebut bagaimanapun bukan daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan Presiden Pas itu membayar kos. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN