BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 25 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 25 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYABAS, tabik! Itulah yang boleh Awang lafazkan apabila membaca kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki bahawa agensi itu terpaksa membuka rumah urut gadungan (palsu) semata-mata bagi menyiasat gejala rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa.

Mungkin tiada siapapun akan terfikir sehingga ke tahap itu SPRM bertindak semata-mata bagi membanteras aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik rumah urut dan dilindungi oleh anggota penguat kuasa yang sanggup menjamah wang haram demi untuk hidup mewah.

Kesungguhan dan kegigihan SPRM itu luar biasa. Bukan mudah untuk melaksanakan operasi sulit itu. Awang tidak pasti siapa yang menjadi tukang urutnya, tetapi apa yang pasti ia dilaksanakan selama empat bulan melibatkan pegawai-pegawai terlatih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua itu tidak mungkin akan dilakukan oleh SPRM jika tiada pengkhianat dalam agensi penguat kuasa, malah SPRM juga tidak perlu bersusah payah jika ada yang bersedia memberi maklumat.

Tetapi itulah cabaran SPRM. Oleh itu Awang berharap masyarakat bersedia bersama SPRM dalam soal tersebut. Jangan biarkan SPRM bersendirian.

AWANG – Tahniah SPRM!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini