Beberapa lokasi di AKLEH ditutup sementara - Utusan Malaysia

Beberapa lokasi di AKLEH ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Beberapa laluan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup sementara waktu bermula semalam sehingga 9 Mac ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan di susur masuk dan keluar lebuhraya tersebut.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memberitahu, antara lokasi yang terlibat adalah susur masuk dari Jalan Tun Razak Selatan (JTR 1), pusingan U Jalan Sultan Ismail dan susur keluar ke Jalan Tun Razak Utara dari Jalan Sultan Ismail serta Jalan Raja Abdullah.

“Jalan tersebut ditutup bermula pukul 10 malam hingga 7 pagi namun ada beberapa lokasi akan dibuka awal iaitu selepas pukul 5 pagi,” katanya di sini baru-baru ini.

Sila layari laman web www.prolintas.com. my atau hubungi di talian bebas tol 1-300-88-1012 untuk sebarang pertanyaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN