TEHRAN 1 Mac – Kira-kira lapan orang maut manakala 36 yang lain cedera dalam kemalangan bas terbalik di lebuh raya Qom-Tehran Iran, hari ini. Agensi berita ISNA melaporkan, kemalangan bas Volvo yang membawa 44 penumpang itu dari wilayah Kerman menuju Tehran itu berlaku selepas pemandunya tertidur. Pemandu antara mangsa yang maut dalam kemalangan pada kira-kira pukul 7.40 pagi waktu tempatan itu, -AFP










