JOHOR BAHRU 8 Mac – Keputusan sampel bahan kimia yang diambil dari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang semalam, bahan yang dipercayai dibuang secara haram oleh sebuah lori di sungai itu, dijangka diketahui pada minggu depan. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, bahan itu dipercayai minyak daripada pencucian tangki kapal yang dibuang secara haram di situ. Menurutnya, kejadian…










