KUALA TERENGGANU – Dua lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki mencerobohi perairan Terengganu berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) semalam. Kedua-dua bot yang ditahan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan bot nelayan asing ke-14 termasuk tujuh dalam tempoh seminggu kebanyakannya dari Vietnam yang berjaya ditahan APMM di perairan negeri ini sejak awal tahun ini. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidhadi Abd. Rashid berkata, APMM menjangkakan lebih banyak lagi bot nelayan asing akan…










