Agong solat Jumaat di Masjid Putra - Utusan Malaysia

Agong solat Jumaat di Masjid Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini.

Seri Paduka yang memakai lengkap berbaju Melayu berwarna hijau muda, tiba di masjid berkenaan kira-kira 1.20 tengah hari, disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Seri Paduka kemudiannya menyertai ribuan jemaah yang menghadiri solat Jumaat itu yang diimamkan Timbalan Imam Besar Masjid Putra Ustaz Lukman Mohd Hosni.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan bersalaman dengan jemaah cilik semasa hadir menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra Putrajaya hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (depan, kanan). –fotoBERNAMA 

Lukman dalam khutbahnya menyentuh mengenai isu kelestarian dalam pengurusan alam sekitar.

Beliau turut menyeru sidang Jumaat tentang pentingnya menjaga kesihatan terutamanya kebanyakan kawasan di negara ini sedang menghadapi cuaca panas termasuk di Putrajaya.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan beramah mesra dengan pengunjung Masjid Putra selepas Solat Jumaat hari ini. –fotoBERNAMA

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka bersalaman dengan jemaah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN