KUALA LUMPUR – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selepas penyandangnya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bersara wajib pada Ahad ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Noor Rashid, 61, sepatutnya bersara wajib pada tahun lalu tetapi tempoh perkhidmatannya disambung selama setahun sehingga hari ini. Menurutnya, Noor Rashid memulakan kariernya di dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis…










