65 mangsa baharu pencemaran kimia masuk wad - Utusan Malaysia

65 mangsa baharu pencemaran kimia masuk wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 16 Mac – Seramai 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah mereka yang masih dirawat di hospital 371 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah 371 pesakit itu menyaksikan penurunan berbanding 491 yang dirawat di hospital sebelum ini.

“Jumlah pesakit yang masih diberikan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lapan orang dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerja-kerja pembersihan yang dikawal selia Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih diteruskan oleh kontraktor menggunakan jentera dan mesin secara manual.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan dilakukan mengikut giliran penugasan yang dijalankan 24 jam sehari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini