50 pesakit kanser diraikan - Utusan Malaysia

50 pesakit kanser diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 17 Mac – Seramai 50 orang pesakit kanser di negeri ini diraikan sempena majlis perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat negeri yang berlangsung di Amanjaya Mall, di sini, semalam.

Pengerusi jawatankuasa sambutan itu, Dr. Sharifah Shafinas Syed Soffian berkata, beberapa pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini termasuk Persatuan Sukarelawan Kanser Negeri Kedah tampil menghulurkan bantuan berupa beras dan hamper kepada mereka pada majlis itu.

“Mereka yang hadir adalah penghidap pelbagai penyakit jenis kanser dan program ini juga boleh menyedarkan orang lain supaya sentiasa menjaga kesihatan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru dan lain-lain boleh menyerang sesiapa sahaja dan laporan Kanser Negara menunjukkan bahawa setiap tahun lebih 1,000 kes baharu berdaftar dalam kalangan lelaki dan wanita menghidap penyakit itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian sambutan berkenaan yang disempurnakan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Kesihatan Awam negeri, Dr. Shahrul Bariyah Ahmad; Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Dr. Zainal Che Mee dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda, Dr. Hamizah Mohd. Sultan.

Menurut Sharifah Shafinas, program seumpama itu juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar ceramah berkaitan kanser.

“Kita menampilkan tiga ahli panel iaitu pesakit kanser otak, Royzilee Mustaffa, pesakit luekemia AML, Samsul Nizan Mohd. Ehsan dan Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Kulim, Dr. Azlan Kamalludin dalam ceramah itu.

“Ceramah disampaikan oleh peserta berkenaan boleh dijadikan panduan dalam menangani penyakit kanser kerana kebanyakkan mereka hanya datang ke hospital setelah penyakit itu berada pada tahap serius dan sukar dirawat,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini