KUALA LUMPUR 28 Mac – Beberapa agensi pengeluar sawit negara menyerahkan memorandum kepada Kesatuan Eropah bagi membantah cadangan melarang penggunaan minyak sawit sebagai bahan api di negara-negara kesatuan tersebut. Antara yang hadir adalah Felda, Felcra, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM). Memorendum tersebut mengandungi empat perkara iaitu menamatkan larangan, diskriminasi, membatalkan Delegated Act dan mendapatkan komitmen untuk tidak mengharamkan minyak sawit…










