30 rumah Kampung Air Sandakan terbakar - Utusan Malaysia

30 rumah Kampung Air Sandakan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac- Kira-kira 30 rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Air, Sandakan, Sabah pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.28 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. Bagaimanapun, terdapat seorang mangsa lelaki cedera melecur di bahagian tangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian dan kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 6.30 pagi.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini