25 tentera Afghanistan terbunuh - Utusan Malaysia

25 tentera Afghanistan terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 1 Mac – Sekurang-kurangnya 25 tentera Afghanistan terbunuh hari ini dalam pertempuran dengan kumpulan militan Taliban di pangkalan tentera di wilayah Helmand di selatan negara itu.

Reuters melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan militan Taliban termasuk tiga pengebom bunuh diri maut dalam pertempuran tersebut.

Menurut seorang pegawai kanan keselamatan Kabul, pasukan itu diserang pada awal pagi ini dan cubaan ketiga kumpulan militan tersebut di kem berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai pasukan keselamatan Afghanistan di Helmand memberitahu salah seorang pengebom bunuh diri telah meletupkan diri di ruang makan di dalam kompleks tentera berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN