JAMMU, India 7 Mac – Seramai 18 orang cedera ekoran letupan bom tangan di perhentian bas di Jammu dan Kashmir hari ini. Menurut polis, MK Sinha, bom tangan tersebut dilihat dilontar dari luar premis itu dan berguling di bawah bas. “Sekitar 18 orang mengalami kecederaan,” katanya. – AFP










