Warganegara remaja sertai Daesh dibatalkan - Utusan Malaysia

Warganegara remaja sertai Daesh dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Feb. – Seorang remaja, Shamima Begum yang meninggalkan London untuk menyertai kumpulan militan Daesh ketika berusia 15 tahun telah dibatalkan taraf kewarganegaraannya.

Reuters melaporkan, maklumat mengenai pembatalan taraf kewarganegaraan itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada keluarganya dan didedahkan menerusi ITV News, semalam.

Shamima, 19, dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah kem pelarian di Syria, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditemui wartawan London Times di kem terbabit pada awal bulan ini, Shamima memberitahu mahu kembali ke Britain.

Sepucuk surat yang dihantar kepada ibu Shamima memaklumkan Setiausaha Dalam Negeri memutuskan untuk melucutkan taraf kewarganegaraan Britain yang dimiliki Shamima Begum.

“Selepas meneliti keadaan anak perempuan anda, Setiausaha Dalam Negeri dalam satu notis yang diserahkan selepas difailkan hari ini (semalam) mengandungi perintah menarik balik taraf kewarganegaraan Britain yang sudah dibuat sebelum ini,” kata surat itu.

Sebelum ini, Setiausaha Dalam Negeri Britain, Sajid Javid, berkata beliau tidak teragak-agak untuk menghalang ‘kepulangan’ mana-mana rakyat negara itu yang menyokong pertubuhan pengganas. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×