Warga emas ditahan bersama 170 liter air ketum, ubat batuk - Utusan Malaysia

Warga emas ditahan bersama 170 liter air ketum, ubat batuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 19 Feb. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan seorang lelaki warga emas bersama 170 liter air ketum selepas menyerbu sebuah rumah di Kuala Sanglang, di sini semalam.

Dalam Op Landai kira-kira pukul 11.30 pagi itu,  kesemua air ketum itu ditemukan dalam 17 tong plastik yang setiap satunya berisipadu 10 liter di dalam sebuah bilik.

Selain itu, pasukan tersebut turut menemukan sebanyak 72 botol ubat batuk yang disimpan di dalam beg plastik berwarna hitam.

Pegawai Pemerintah PPM Langkawi, Deputi Superintenden Rohizan Mohamad Saaid berkata, berdasarkan risikan yang dilakukan, pihaknya menyerbu rumah tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 60 tahun.

“Kesemua barang rampasan air ketum dan ubat batuk itu dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Rohizan, suspek dan barang rampasan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Akta Racun 1952.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN