PETALING JAYA 31 Jan. – Tindakan seorang pelajar kolej swasta ‘mengumpan’ dengan ajakan seks sebelum merompak seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi sosial Tinder tiga tahun lalu mengundang padah apabila wanita itu dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman yang diperintahkan bermula dari hari ini terhadap Mizan Qistina Razali, 24, yang hadir dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya selepas mendapati pihak…










