[VIDEO] Pasukan Caklempong Asis sambut tetamu HSKU - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pasukan Caklempong Asis sambut tetamu HSKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Perkarangan Dewan Utusan meriah dengan persembahan caklempong dari murid-murid Sekolah Menengah Sains Alam Shah (Asis), Cheras, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) hari ini.

Dibarisi 13 orang pelajar Tingkatan 3, kumpulan itu memainkan aneka lagu dari lagu klasik Melayu seperti Ulik Mayang ke lagu bergenre hip hop Inggeris seperti Pump It nyanyian asal Kumpulan Black Eyed Peas.

Menurut guru pengiringnya, Siti Soraya Ramli, pasukan yang sama sudah mempunyai banyak pengalaman bertanding termasuk di peringkat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun lepas, mereka berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan peringkat antarabangsa, Artistreet yang diadakan di Kuala Lumpur walaupun memasuki pertandingan tersebut sebagai pasukan termuda,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis Penyampaian HSKU akan dirasmikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 penggiat sastera dari segenap pelusuk negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN