[VIDEO] Lelaki pukul kanak-kanak di rumah kebajikan diambil keterangan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lelaki pukul kanak-kanak di rumah kebajikan diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang lelaki dipercayai memukul seorang kanak-kanak dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, telah diambil keterangannya oleh pihak polis hari ini.

Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu, lelaki berusia 60-an itu dilihat beberapa kali memukul seorang kanak-kanak di bahagian belakangnya selain menggoncangkan tubuh mangsa dalam kejadian di Rumah Kanak-Kanak Taiping, Jalan Stesen Hulu di sini.

Difahamkan, lelaki berkenaan memarahi dan memukul mangsa kerana dia dipercayai telah melekatkan gula-gula getah pada kenderaan jenis Toyota Vios milik lelaki itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes tersebut pada pukul 8.30 malam daripada orang awam.

“Pengadu itu tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek selepas melihat rakaman video tersebut di laman sosial Facebook.

“Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Katanya, suspek telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada hari ini sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN