[VIDEO] Aiman puas hati dengan sokongan Orang Asli - Utusan Malaysia

[VIDEO] Aiman puas hati dengan sokongan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 27 Feb. – Calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yakin penduduk Orang Asli akan menyokongnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Video oleh AZMAN IBRAHIM

Setakat ini, beliau telah pun mendengar masalah-masalah Orang Asli di sini dan cuba untuk menanganinya jika menjadi wakil rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dah berborak dengan Tok Abok Hamid (Tok Adat Orang Asli). Kampung ini antara isunya adalah mereka mahukan padang bola sepak, balai raya dan alat muzik untuk kenduri kahwin.

“Kita akan lihat dan bantu. Kita beri perhatian pada perkara yang paling cepat kita selesaikan macam alat muzik, padang bola dan balai raya berkenaan. Sokongan Orang Asli sangat baik dan saya harap ia dapat diterjemahkan pada kertas undi pada 2 Mac nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri majlis santuni penduduk Orang Asli Kampung Kachau Luar dan Dalam, di sini hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Tok Adat Kampung Kachau Luar dan Dalam, Abok Hamid dan Tok Batin kampung yang sama, Zainal Kilong.

Ditanya mengenai isu pewartaan tanah Orang Asli di Semenyih, katanya, hal itu akan dibincangkan dengan kerajaan negeri Selangor.

Bercakap tentang kesihatan, Muhammad Aiman mahu memperkenalkan klinik bergerak ke kampung-kampung Orang Asli.

“Kita boleh buat smart mobile clinic (klinik bergerak). Bawa klinik-klinik ini masuk ke kampung-kampung berkenaan untuk membantu masyarakat Orang Asli di sini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN