HASRAT kerajaan ingin membantu golongan petani miskin di luar bandar wajar dialu-alukan kerana mereka terpaksa mengalami tekanan hidup tanpa memiliki pendapatan yang sentiasa terjamin. Mereka yang terpaksa menanggung perbelanjaan harian keluarga seperti orang lain kerapkali berasa gelisah apabila harga hasil tanaman mereka seperti getah dan kelapa sawit semakin terjejas di peringkat antarabangsa. Permintaan antarabangsa terhadap minyak kelapa seperti China menyebabkan harganya merudum sekali gus memberi kesan kepada pekebun kecil tempatan.…










