KUALA LUMPUR 27 Feb. – Keuntungan bersih I-Bhd. susut tujuh peratus kepada RM58.79 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 daripada RM63.19 juta dalam tahun kewangan 2017. Pengerusi Eksekutif Kumpulan I-Bhd., Tan Sri Lim Kim Hong berkata, perolehan turun 18 peratus kepada RM375.14 juta daripada RM455.19 juta sebelumnya. Katanya, prestasi lemah itu disebabkan sumbangan rendah daripada sektor pembangunan hartanah yang turun 20 peratus dalam hasil semasa tempoh tersebut walaupun…










