KUALA TERENGGANU 27 Feb. – Berang ditegur menghabiskan kesemua keropok lekor, seorang tukang gunting sanggup mengugut mahu membunuh bapanya dengan pisau. Tertuduh, Wan Adib Fawwaz Wan Mohd. Fauzi, 19, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengacukan pisau ke arah bapanya, Wan Mohd. Fauzi Wan Yusof, 46, di samping mengugut mahu menikam sebelum kejadian…









