Trak rempuh majlis perkahwinan, 13 maut di India - Utusan Malaysia

Trak rempuh majlis perkahwinan, 13 maut di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHANDIGARH 19 Feb. – Seramai 13 orang terkorban manakala 19 lagi cedera selepas sebuah trak merempuh ke arah sebuah majlis perkahwinan di negeri Rajasthan semalam.

Susulan kejadian itu, polis melancarkan usaha mencari suspek yang melarikan diri sejurus insiden terbabit.

“Sedih apabila mendengar berkaitan insiden tragik itu di Chhoti Sadri, Pratapgarh di mana ramai orang maut dan beberapa lagi cedera. Ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat.

“Saya mendoakan mereka yang tercedera cepat sembuh,” kata Ketua Menteri Rajasthan, Ashok Gehlot menerusi Twitter. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN