TMJ arah individu beri ceramah politik dalam masjid diambil tindakan - Utusan Malaysia

TMJ arah individu beri ceramah politik dalam masjid diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar Majlis Agama Islam memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang menggunakan masjid untuk berpolitik.

Tunku Ismail memuat naik satu kenyataan itu di laman Facebook rasmi milik baginda didakwa susulan tular video menunjukkan seorang menteri memberi ceramah didakwa berunsur politik semalam.

“Di negeri Johor, tidak pernah berlaku dimana orang memberikan ceramah politik di dalam masjid. Hormati tradisi Johor.

“Saya menggesa Majlis Agama Islam memantau dan mengambil tindakan sepatutnya kepada sesiapa yang menggunakan masjid yang merupakan tempat beribadah demi kepentingan politik,” titah baginda.

Video ceramah seorang menteri yang juga ahli Parlimen itu berdurasi selama 10 minit dan 20 saat itu tular sejak malam tadi dipercayai berlaku di Masjid Kolam Air di sini sebelum umat Islam menunaikan solat Jumaat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN