Tiga beranak rentung dalam BMW X3 dikebumi esok - Utusan Malaysia

Tiga beranak rentung dalam BMW X3 dikebumi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 6 Feb. – “Kejadian berlaku sangat pantas dan mengejutkan ahli keluarga.”

Demikian jelas dakwa salah seorang kenalan rapat kepada tiga mangsa terbakar di Kilometer 6.9, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) semalam, yang enggan dikenali.

Menurutnya, situasi ahli keluarga masih trauma dengan kejadian dan masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan.

“Ketika ini mereka sedang sibuk menguruskan proses untuk pengebumian ketiga-tiga mendiang. Proses pengebumian dijangka dilakukan esok kerana hari ini pusat Nirvana tidak beroperasi dan ahli keluarga lain sedang bercuti di luar daerah kerana cuti Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Serdang, di sini, hari ini.

Semalam, tiga beranak rentung selepas kereta jenis BMW X3 yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbakar dalam kejadian dekat Sungai Long, Kajang. Mangsa yang maut dikenali sebagai Goh Tian Hing, 44,  Saw Yeng Fui, 65, dan Goh Soay Sing berumur 68 tahun.

Siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan cuaca baik ketika kemalangan manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN