Surau Utama Istana diisytihar surau Jumaat - Utusan Malaysia

Surau Utama Istana diisytihar surau Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Yang di-Pertuan A­gong Al-Sultan Abdullah Ri’aya­tuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan ber­angkat menunaikan solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara, di sini.

Keberangkatan tiba bagin­da pada pukul 1.10 tengah hari diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Hadir sama, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Luar Datuk; Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Majlis pengisytiharan Surau Utama Istana Negara untuk solat Jumaat juga diadakan sebelum solat hari ini yang mana akan dilaksanakan secara berterusan selepas ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN