SST tingkatkan 10 peratus kos perniagaan - Utusan Malaysia

SST tingkatkan 10 peratus kos perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan pada September 2018 meningkatkan kos menjalankan perniagaan sehingga 10 peratus dalam kalangan pengeluar Malaysia.

Kaji Selidik Keadaan Perniagaan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)-Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) bagi Separuh Kedua 2018 mendapati 85 peratus daripada pengeluar Malaysia menyaksikan peningkatan dalam kos pengeluaran disebabkan pelaksanaan SST pada separuh kedua 2018.

Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai berkata, menurut 36 peratus daripada responden, faktor utama meningkatkan kos adalah kadar SST ke atas bahan mentah, komponen dan perkhidmatan adalah lebih tinggi daripada cukai barang dan Perkhidmatan (GST).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi pelaksanaan, isu teknikal utama yang dihadapi oleh kebanyakan responden bersamaan 39 peratus adalah kekurangan penjelasan terhadap permohonan prosedur pengecualian,” katanya di sini hari ini.

FMM berharap kerajaan akan menunaikan janji untuk mempercepatkan tuntutan bayaran balik GST sebelum akhir tahun berikutan ia penting kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk mempunyai mudah tunai kewangan, selain membolehkan mereka berkembang dan bersaing.   

SST diperkenalkan semula pada 1 September 2018 untuk menggantikan GST yang dimansuhkan berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN