SPRM mulakan siasat dana RM90j - Utusan Malaysia

SPRM mulakan siasat dana RM90j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung dakwaan beberapa pemimpin Pas menerima wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam satu kenyataan turut mengesahkan telah menerima laporan yang disalurkan oleh pihak polis semalam berhubung perkara berkenaan.

“Satu laporan polis oleh orang awam telah dibuat kepada polis, dan pihak polis telah merujuk laporan tersebut kepada SPRM.

“Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil dalam satu kenyataan menggesa agensi antirasuah itu memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah tersebut kerana kes itu mempunyai unsur-unsur jenayah termasuk kesalahan pengubahan wang haram.

Faiz juga dilaporkan berkata, SPRM dibolehkan bertindak berdasarkan maklumat mengenai perlakuan rasuah tanpa aduan bertulis mengikut Seksyen 29 (3) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN