LYON 10 Feb.- Seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam insiden kebakaran yang berlaku akibat letupan di sebuah kedai menjual roti, timur Lyon, semalam. Penemuan mayat kedua-dua mangsa disahkan pendakwa raya awam Lyon, Nicolas Jacquet. “Dua mayat ditemukan, seorang wanita dan seorang kanak-kanak,” katanya. Polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca letupan.-AFP










