Satim Diman digesa tarik balik kenyataan - Utusan Malaysia

Satim Diman digesa tarik balik kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman digesa menarik balik kenyataannya berhubung kematian wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah supaya rakyat Malaysia memilih parti yang tepat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, kenyataan yang sangat tidak wajar itu telah disampaikan oleh bekas ketua pembangkang Selangor tersebut ketika memberi ceramah umum BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih (malam tadi).

“Saya percaya kenyataan yang dangkal itu telah mengguris hati keluarga empat ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang telah kehilangan insan yang mereka cintai.

“Justeru, saya menggesa Datuk Mohamed Satim Diman untuk menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada anggota keluarga empat wakil rakyat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Borhan, sebagai seorang ahli politik beragama Islam, Mohamed Satim seharusnya memahami konsep qada’ dan qadar yang terkandung di dalam Rukun Iman dan tidak menggunakannya sebagai modal politik sempit ketika kempen pilihan raya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN