PRK Semenyih: Proses pencalonan bermula 9 pagi - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Proses pencalonan bermula 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan bermula pada 9 pagi ini.

Pusat penamaan calon ialah di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian, Kajang kira-kira 12 kilometer dari pekan Semenyih.

Tempoh masa mengemukakan kertas pencalonan bermula 9 pagi hingga 10 pagi.

Pengundian awal ditetapkan 26 Feb manakala pengundian 2 Mac.

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Allahyarham Bakhtiar memperoleh 23,428 undi sekali gus mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM). Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN