Perkasa tolak calon PH - Utusan Malaysia

Perkasa tolak calon PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan pertubuhan itu menolak calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

SYED HASSAN SYED ALI
SYED HASSAN

Sebab utama Perkasa menolak parti itu adalah  kerana kecewa dengan tindak-tanduk PH terhadap agama Islam, orang Melayu dan penduduk bumiputera sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, keputusan itu dicapai hasil persetujuan sebulat suara Ahli Dewan Tertinggi Perkasa dalam mesyuarat tergempar semalam.

Sehubungan itu, Perkasa menyatakan sokongan kepada calon BN untuk PRK kali ini. 

Ujarnya, ini adalah kali pertama Perkasa membuat pendirian secara terbuka untuk PRK setelah membuat sokongan terbuka kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Perkasa merasakan kuasa sebenar dalam PH adalah DAP yang dilihat bertindak membawa agenda kesamarataan selari dengan dasar Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ini boleh dikatakan sebagai rasa kecewa dan bantahan rasmi Perkasa secara tegas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN