SEAWAL usia 10 tahun, Tengku Nurhusni Tengku Ab. Razak, 38, sudah gemar mencoret pelbagai kisah imaginasi di dalam buku log tebal berkulit keras miliknya. Ada di antaranya mempunyai sambungan bersiri atau dibahagikan kepada bab-bab. Buku log tersebut turut dipinjam oleh guru dan rakan-rakan yang berminat mengikuti perkembangan cerita rekaannya. Ketika itu, gaya bahasa dan olahan anak kelahiran Temerloh, Pahang itu banyak dipengaruhi pelbagai genre buku dan novel yang pernah dibacanya.…










