KUALA LUMPUR – Individu yang mempunyai akaun bank di luar negara dan mempunyai pendapatan yang belum dilaporkan diminta segera hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat dan e-mel khusus kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank asing yang masih gagal membuat pelaporan cukai yang sepatutnya.
“LHDN mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai September 2018 di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










