Pembangunan bandar raya perlu seimbang - Utusan Malaysia

Pembangunan bandar raya perlu seimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Feb. – Pengukuran kemajuan sesebuah bandar raya kini berkait rapat dengan taraf kehidupan seperti tahap inklusif masyarakatnya, transformasi struktur governans bandar raya dan kadar pembangunan kawasan urban yang mapan.

Ini termasuk kesejahteraan warga bandar raya, tahap keselamatan insan, kelestarian alam sekitar dan hak asasi manusia lain yang dapat dipenuhi dalam kawasan perbandaran tersebut.

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Dr. Mazlan Yusoff berkata, semua perkara tersebut digariskan dalam Agenda Urban Baharu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ini adalah kerana kepesatan pembangunan sesebuah bandar raya memberi kesan secara langsung atau tidak langsung terhadap pemeliharaan alam sekitar, keselamatan penduduk dan jurang 
pendapatan seisi rumah antara penduduk.

“Begitu juga taraf sosio ekonomi masyarakat dan lain-lain lagi perkara yang berkati rapat dengan isu taraf hidup masyarakat dalam kawasan bandar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Fiesta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman; Setiausaha MBJB, Abdul Malik Ismail dan Timbalan Setiausaha MBJB, Ir. Nazatul Shima Mohamad. 

Mazlan berkata, ukuran kemajuan sebuah bandar kini tidak lagi diukur dengan jumlah bangunan pencakar langit, jarak jaringan jalan raya atau harga teknologi yang diguna pakai dalam 
membangunkan bandar raya sahaja. 

Sebaliknya kata beliau, merentasi pembangunan fizikal iaitu pembangunan insan dan pengisian jiwa warga bandarnya bagi menjadikan kedua-dua aspek tersebut seimbang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN