Pelihara martabat MAIPs - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Pelihara martabat MAIPs – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 6 Feb. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa dilihat sebagai sebuah entiti yang bermaruah dan disegani selari dengan ketinggian fungsi dan peranannya dalam memartabatkan Agama Islam dan mendaulatkan Adat Istiadat Melayu di negeri ini.

Titah baginda, MAIPs hendaklah sentiasa ditampilkan dengan wajah dan citra yang anggun, gah dan gemilang oleh Ahli-ahli Majlis dan juga warga perkhidmatannya. 

“Dalam setiap langkahnya, MAIPs hendaklah sentiasa menjadi pembimbing, pelindung, dan penjaga yang sentiasa diharapkan. 

“MAIPs juga harus terampil dan terkehadapan, bahkan disayangi serta diwarisi turun-temurun dan kekal,” titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Masjid Darul Aman yang terletak di 453 Petchburi Road, Thung Phayathai Rajthevee, Bangkok, Thailand tengahari tadi. 

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Khatib, Ustaz Amnat Phuaksaneh menerima sumbangan tersebut bagi pihak masjid.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut  menambah mengenai keperluan untuk semua Ahli-ahli Majlis dan petugas sama-sama menjaga nama dan imej MAIPs. 

Untuk rekod, Seksyen 5 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Negeri Perlis) menyebutkan: “Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun.

Justeru, setiap Ahli dan Para Pekhidmat Majlis, serta warga Agensi bersamanya, titah baginda, wajar untuk secara terus menerus menjaga MAIPs agar terus kekal relevan memainkan peranan dan fungsinya yang utama. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN