Pelajar maut kemalangan motosikal - Utusan Malaysia

Pelajar maut kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 19 Feb. – Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Pinang Tunggal di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Shauqi Muhammad Amin, 15 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Kailan sedang dalam perjalanan ke sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian berlaku mangsa  yang menunggang motosikal jenis Demak Evo sedang dalam perjalanan dari arah Lembah Raja menghala ke Pinang Tunggal untuk ke sekolah.

“Mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya sehingga hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan apabila memasuki satu laluan selekoh di kawasan kejadian.

“Motosikal mangsa kemudiannya bertembung dengan motosikal jenis Honda Waves Dash dari arah bertentangan yang ditunggangi seorang lelaki berusia 49 tahun dengan anak lelakinya berusia 11 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga mangsa terpelanting ke atas jalan raya sehingga menyebabkan Muhammad Shauqi meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN