PDRM, SPRM perlu henti ambil keterangan, tunggu RCI bersidang - Utusan Malaysia

PDRM, SPRM perlu henti ambil keterangan, tunggu RCI bersidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb.- Peguam Negara (AG), Tommy Thomas diminta menasihatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak mengambil keterangan mana-mana pihak sementara menunggu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersidang.

Terdahulu, Peguam kepada Datuk Hamid Sultan Abu Backer Mohamed, Haniff Khatri Abdullah hari ini mengesahkan polis telah mengambil keterangan Hakim Mahkamah Rayuan terbabit kira-kira pukul 9 pagi di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Menurut Haniff, anak guamnya sedia bekerjasama dan memberi maklumat terperinci pada RCI berhubung afidavit sokongan yang diikrarkannya mengenai salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan polis hanyalah berkaitan kandungan afidavit berkenaan. Bagaimanapun, saya menyarankan AG untuk meminta pihak berkuasa berhenti mengambil keterangan atau laporan polis mana-mana pihak.

“Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan RCI jadi butiran lanjut akan diberikan apabila badan itu bersidang nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Haniff, dua pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengambil keterangan Hamid dan proses itu berlangsung selama satu jam 15 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN