Pas sambut baik siasatan SPRM - Utusan Malaysia

Pas sambut baik siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kepemimpinan tertinggi Pas menyambut baik langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemim­pin parti tersebut.

SALLEHEN MUKHYI
SALLEHEN MUKHYI 

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya tiada hala­ngan terhadap siasatan tersebut, malah beliau sendiri menyokong kertas siasatan itu dibuka.

“Eloklah kalau Pakatan Harapan (PH) yang menggesa supaya SPRM siasat dakwaan ini, itu baharu tindakan betul sebagai kerajaan.

“Gunakanlah semua badan penyiasat negara, SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasat, Pas tiada halangan sikit pun,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan SPRM yang akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Menurut sumber, pihak SPRM telah membuka kertas siasatan susulan menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu tersebut, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, ruang perlu diberikan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan tersebut secara adil.

“Bagi saya ruang untuk SPRM siasat dakwaan itu be­tul-betul sebab maklumat yang kita dapat memang Pas tidak terima wang itu.

“Kita bersedia dengan siasatan tersebut, teruskan,” katanya.

Editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam artikelnya yang diterbitkan oleh portal berkenaan mendakwa pimpinan tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendorong be­kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN