Pas dijangka beri laluan kepada UMNO di Rantau - Utusan Malaysia

Pas dijangka beri laluan kepada UMNO di Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Feb. – Pas negeri ini dijangka memberi laluan dan sokongan kepada calon UMNO yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kelak.

RAFIEI MUSTAPHA
RAFIEI MUSTAPHA 

Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha berkata, ia berdasarkan kepada kerjasama antara kedua-dua parti itu sebelum ini.

“Bagaimanapun, kita tunggu keputusan muktamad dan arahan yang akan dibuat oleh kepimpinan Pas pusat,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap dua pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Islam dan  Islam dan Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihaknya juga yakin penyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRK tersebut.

“Seelok-eloknya calon UMNO yang bertanding kerusi ini dan kita akan berikan sokongan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini