KUALA LUMPUR 6 Feb. – Orang ramai kini boleh menggunakan aplikasi ‘Flexi Parking’ bagi pembayaran tempat letak kenderaan dan kompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) secara dalam talian. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam laman webnya memaklumkan aplikasi telefon pintar tersebut merupakan kaedah alternatif bagi penambahbaikan pengurusan tempat letak kenderaan yang lebih efisien dan sistematik. “Aplikasi Flexi Parking boleh dimuat turun secara percuma di Android Play Store atau Apple App Store dan…










