KUALA LUMPUR 8 Feb. – Isu ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya kini mendapat perhatian antarabangsa apabila agensi berita, AFP melaporkan mengenainya, semalam. Dalam laporan tersebut, Marzuki didakwa ‘menipu’ kelayakan akademiknya dan kini didesak pelbagai pihak untuk meletakkan jawatan. “Latar belakang pendidikan Marzuki menjadi perhatian apabila pengguna media sosial mempertikaikan ijazah jarak jauh dalam bidang pentadbiran perniagaan yang diterimanya dari institusi pendidikan Britain, yang sebelum ini disenaraikan dalam…










