Musim kering: bekalan air semua negeri terkawal - Utusan Malaysia

Musim kering: bekalan air semua negeri terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Bekalan sumber air mentah di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan berada dalam keadaan terkawal walaupun negara berdepan dengan cuaca panas ketika ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago memberitahu, jumlah air masih mencukupi walaupun paras air di sungai dan empangan yang membekalkan air ke loji-loji rawatan semakin merosot ekoran cuaca panas dan hujan berkurangan.

“Seperti diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan tempat di Semenanjung dijangka mengalami cuaca agak kering dengan jumlah taburan hujan rendah sepanjang bulan Februari sehingga penghujung akhir Monsun Timur Laut Mac ini.

“Oleh itu, SPAN akan terus membuat pemantauan paras semua air sungai dan empangan yang menjadi sumber air minuman dengan kerjasama semua kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN