Michelle intai No.1 dunia - Utusan Malaysia

Michelle intai No.1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 26 Feb. – Michelle Wie percaya selepas pulih sepenuhnya daripada pembedahan pergelangan tangan dan memperbaiki teknik hayunan, dia yakin mampu menempatkan dirinya pada kedudukan No. 1 dunia buat kali pertama, menjelang kejohanan utama Asia, minggu ini.

“Menjadi pemain No. 1 dunia amat penting buat saya,” kata pemain Amerika Syarikat berusia 29 tahun itu yang akan mempertahankan gelarannya pada Kejohanan Golf Wanita Dunia HSBC di Singapura yang bermula, Khamis ini dan bakal menampilkan pemain yang berada dalam ranking 20 terbaik dunia.

Setahun lalu, Kelab Golf Sentosa Singapura menjadi saksi kepada salah satu pencapaian besar Michelle, tetapi terpaksa mengakhiri musimnya dengan menjalani pembedahan pada pergelangan tangan yang menyebabkan dia menarik diri sewaktu bersaing dalam Terbuka Britain, Ogos lalu.

Michelle bertarung dengan penyakit arthritis di kedua-dua belah pengelangan tangannya dan sejak menjalani pembedahan, Oktober lepas, pemain itu berusaha mengubah teknik hayunannya bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung.

“Sudah tentu selepas pembedahan, saya terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk berada di sini, hari ini. Saya kini lebih banyak bergantung kepada pergelangan tangan berbanding tahun lalu. Semua itu saya lakukan bagi mengurangkan kesakitan,” katanya.

Michelle kembali bersaing pada kejohanan LPGA Thailand, setelah menamatkan saingan di kedudukan ke-23 dengan melakukan enam bawah par dan ketinggalan 16 pukulan di belakang pemenang Amy Yang dari Korea Selatan. Kejohanan dunia di Singapura menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$1.5 ju­ta (RM6.1 ju­ta). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN