Menang lebih penting - Tarragona - Utusan Malaysia

Menang lebih penting – Tarragona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 28 Feb. – Penyerang The Red Warriors (TRW) Raul Tarragona meletakkan kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDTII) pada aksi Liga Primier di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Sabtu ini lebih penting daripada memburu jaringan sulungnya.

Tarragona berkata, kemenangan lebih menjadi keutamaan buat dirinya bagi memastikan TRW terus berada di kedudukan terbaik dalam carta liga pada musim ini.

“Sebagai penyerang, saya perlu merekodkan jaringan untuk dijadikan sebagai ‘azimat’. Namun saya lupakan buat sementara waktu kerana kemenangan pasukan menjadi keutamaan ketika ini.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh terus berpeluk tubuh, sebaliknya perlu bekerja keras untuk meledakkan jaringan bagi mengembalikan sentuhan pemusnah sebagai seorang penyerang,” katanya.

 Selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini Tarragona masih terkial-kial  untuk merekodkan jaringan sekaligus menimbulkan kegusaran dalam kalangan penyokong TRW.

Bagaimanapun, Kelantan perlu berterima kasih kepada penyerang Uruguay itu apabila dia menghadiahkan penalti seterusnya membolehkan TRW melakar kemenangan sulung musim ini ke atas UKM FC.

Tarragona antara muka baharu yang dibawa masuk TRW untuk memperkuatkan barisan serangan bersama bekas penggempur kebangsaan Afganistan, Mustafa Zazai.

Penyerang Uruguay itu memberitahu, dia tekad mengerah kudratnya bagi memastikan Kelantan sekurang-kurangnya mencuri satu mata berdepan JDTII.

Katanya, TRW tidak boleh terus keciciran mata seandainya mahu berada di puncak Liga Primier musim ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×