Media baharu pilihan penulis kini - Utusan Malaysia

Media baharu pilihan penulis kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Kate­gori Media Baharu yang diperkenalkan oleh Ha­diah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) relevan dengan keada­an masa kini yang me­nyaksikan sebahagian besar masyarakat menggunakan internet dalam kehidupan seharian.

Panel Penilai HSKU, Prof. Dr. Nor­hayati Ab. Rahman berkata, masalah ruangan terhad dalam media konvensional juga antara faktor penulis, terutama golongan muda, beralih kepada menghasilkan karya mereka menggunakan media baharu.

“Kategori ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan sambutannya agak menggalakkan terutama bagi penulis muda.

NORHAYATI AB. RAHMAN
NORHAYATI AB. RAHMAN 

“Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila pemenang bagi kategori ini kebanyakannya adalah golongan muda,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya lagi, antara kelebihan media baharu adalah pembaca mempunyai pilihan untuk membaca karya-karya tersebut sama ada secara elektronik atau siber.

Jelas Norhayati, menerusi HSKU kali ini pihaknya telah menerima 39 buah karya untuk dinilai dan kebanyakannya mengutarakan persoalan mengenai penggunaan media baharu dalam masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN