Lukaku buat Solskjaer gembira - Utusan Malaysia

Lukaku buat Solskjaer gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer gembira apabila melihat Romelu Lukaku mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak gol ketika membantu Manchester United menewaskan Crystal Palace 3-1.

Lukaku diletakkan di bahagian sayap sejak beberapa mingu lalu memandangkan pengendali sementara United, Solskjaer gemar menggunakan Marcus Rashford di bahagian tengah.

Bagaimanapun, Rashford tidak cergas dan diletakkan di bangku simpanan membolehkan Lukaku beraksi di bahagian kegemarannya dengan menghasilkan satu gol setiap babak untuk memastikan United melebarkan rekod tanpa kalah 11 perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Solskjaer yang merupakan bekas penyerang United tidak mempunyai masalah untuk menukar posisi Lukaku.

“Kami mencipta peluang kepadanya dan dia menterjemahkan gol tersebut.

“Dia memainkan peranannya dengan baik sama ada di bahagian atas, bawah, kiri dan kanan dan dia boleh memainkan peranan berbeza disebabkan tahap kecergasan Rashford.

“Hari ini dia diberi peluang untuk bermain di bahagian depan dengan dua penyudah yang baik dan mampu meledak satu gol pada awal permainan. Saya amat gembira dengan prestasinya. Dia mempunyai kualiti sebagai penyudah,” kata Solskjaer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN