Kru kapal ditemukan mati tergantung - Utusan Malaysia

Kru kapal ditemukan mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 19 Feb. – Seorang kru kapal yang baharu tiga hari bertugas di sebuah kapal luar pesisir pantai ditemukan mati tergantung pada sisi depan badan kapal itu di perairan Kemaman di sini semalam.

Mayat mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Kampung Pujut, Miri, Sarawak itu ditemukan oleh rakan sekerjanya kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim ketika mengesahkan kejadian itu berkata, semasa kejadian, kapal terbabit sedang berlabuh pada kedudukan kira-kira 2 batu nautika berhampiran Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB)

Beliau memberitahu, siasatan mendapati mangsa baharu tiga hari bekerja di atas kapal tersebut dan sebelum kejadian mangsa sempat menghadiri mesyuarat sebelum makan tengahari.

Sejurus selesai makan, jelasnya, mangsa dikatakan pergi ke dek kapal sebelum mengambil seutas tali nylon lalu dililit pada lehernya.

“Mangsa bertindak melilit tali nylon itu pada lehernya lalu  terus terjun dari atas kapal dan kejadian itu tidak disedari kru lain,” katanya.

“Rentapan kuat tali itu menyebabkan leher mangsa hampir putus selain mengalami kecederaan lain akibat terhantuk pada badan kapal,” katanya di sini hari ini – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN