Korea Utara mahu PBB tekankan isu kekurangan makanan - Utusan Malaysia

Korea Utara mahu PBB tekankan isu kekurangan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 22 Feb. – Korea Utara meminta agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu mengutarakan isu berkaitan krisis makanan selepas beberapa pakar meramalkan penurunan yang ketara dalam pengeluaran tanaman tahun ini.

Pyongyang memaklumkan kepada PBB bahawa negara itu berdepan krisis pengeluaran makanan sebanyak 1.4 juta tan pada tahun ini, termasuklah beras, gandum, kentang serta kacang soya.

“Korea Utara sudah meminta bantuan daripada organisasi kemanusiaan antarabangsa di negara itu bagi menekankan isu berkenaan impak situasi keselamatan makanan,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN